Bike Description for

WMOTO Xtreme 150i

 

Model baharu itu akan mengisi ruang ruang antara skuter ES125 (118cc) dan RT3 (247cc), dijangka berada di pasaran antara Mei hingga Jun ini.

Berikut ialah spesifikasi Xtreme 150i (2021):

  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.3cc SOHV penyejukan cecair berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm.
  • Memiliki dimensi panjang 1,925mm, lebar 760mm dan tinggi 1,290mm serta jarak roda 1,320mm. Tinggi pelana 765mm, dan jarak lega bumi 180mm.
  • Skuter seberat 143kg ini menawarkan kapasiti tangki 11 liter dengan jarak perjalanan hingga 400km jika ditunggang pada halaju kira-kira 80kmj.
  • Semua lampu jenis LED. Lampu utama dipadankan bersama lampu siang (DRL) berbentuk spanar terbuka.
  • Dilengkapi ciri mula-henti (start-stop) untuk menjimatkan penggunaan petrol dan emisi karbon jika berhenti lama di lampu isyarat atau menunggang dalam kesesakan trafik bandar. Ciri ini boleh dimatikan dengan menekan butang merah pada hendal.

  • Panel meter jenis LCD digital penuh dengan latar biru dan digit putih yang memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer, takometer, trip perjalanan, dan bar petrol termasuk indikator amaran seperti signal belok, lampu suluh tinggi dan lain-lain.
  • Kedua-dua roda menggunakan sistem brek cakera tunggal dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Rim 14 inci dan dibalut tayar jenis semua rupa bumi (all-terrain) 100/80 di depan) dan 120/70 di belakang.
  • Ruang simpanan bawah pelana 13 liter dan disediakan dua port pengecas, USB dan soket 12v untuk mengecas telefon pintar dan peranti lain.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang yang dipasangkan condong seakan Ducati Panigale. Sudut monoshock ini membantu serapan hentakan lebih baik selain memastikan aspek keselesaan tunggangan tidak terjejas.
  • Visor angin boleh laras mengikut ketinggian dan kesesuaian penunggang semudah dua jari, serta tiada alat khas diperlukan.

Menurut MForce Bike, Xtreme 150i (2021) masih dalam proses ujian (termasuk unit dipamerkan ini) dan beberapa penambahbaikan akan dibuat sebelum pelancaran rasmi kelak.