Bike Description for

MODENAS RS200 NEW EDITION

Modenas Pulsar RS200 pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 apabila MODENAS memasuki segmen motosikal tersebut. Sejak itu ia mendapat sambutan memberangsangkan serta dikenali sebagai motosikal 200cc yang berbaloi dan mampu milik.

Tiga warna baharu yang akan diperkenalkan ialah putih mutiara, kelabu dan merah matte. Penampilan jentera itu diserlahkan lagi menerusi penggunaan rim aloi berwarna putih, kemasan karbon di hadapan dan fender belakang, serta logo Pulsar di bahagian tempat duduk.

Skema warna dan grafik baharu itu pasti menjadi tarikan Modenas Pulsar RS200 bagi mereka yang ingin bertukar ke motosikal street bike.

Modenas Pulsar RS200 dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap dengan sistem penyejukan cecair yang mampu  menghasilkan 24.5PS dan tork18.6Nm. Model itu menawarkan sistem brek ABS tunggal yang menggunakan cakera brek 300mm di depan dan 230mm di belakang, selain tangki bahan bakar berkapasiti 13 liter.

Jentera itu turut dipasang dengan penyerap teleskopik di hadapan, lengkap bersama ciri anti geseran dan penyerap hentak Nitrox untuk roda belakang. Semua itu memberikan pengalaman menunggang yang menyeronokkan.