Bike Description for

HONDA CBR150R

elain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan lagi sensasi perjalanan yang menyeronokkan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan yang ekstrim dan penunggang dapat mengalami operasi klac yang lebih lancar.

CBR150R memadankan prestasinya dengan ciri yang canggih dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motosikal berkuasa tinggi yang memberi tanggapan agresif pada pandangan pertama.

Reka bentuk yang mengekalkan bentuk badan yang agresif membangkitkan perasaan seperti sebuah motosikal berkapasiti tinggi.

Ia diperkemaskan lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR.

Suspensi depan terbalik bersama dengan posisi menunggang ‘racy’ ke depan dan fairing penuh menyerlahkan gaya perlumbaan.

 

 

 

 

 

 

Selain itu, sistem suspensi ini menjadikan pengendalian lincah dan memberikan kestabilan menunggang terutama ketika menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ciri lain yang turut dilengkapi adalah seperti brek cakera beralun yang menekankan penampilan sporty, Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang dan sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), yang secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran dan mengelakkan kemalangan yang mungkin akan berlaku.

Honda CBR150R baharu boleh didapati dalam dua warna pilihan iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red.