Bike Description for

Dayang ADV150


JENAMA motosikal paling banyak menjadi mangsa plagiat pengeluar dari China ialah Honda. Boleh dikatakan kebanyakan produk popular Honda kerap diciplak, misalnya Dream, Wave dan Vario.

Terbaharu, Dayang Motorcycle melancarkan skuter advencer, dinamakan ADV 150 yang memang jelas mengambil ilham Honda ADV 150. Selalunya, pengeluar China hanya meniru rekabentuk dan menggunakan nama berbeza, tetapi Dayang mengekalkan nama asal produk ditirunya, ADV 150.

Melihat dari jauh memang sukar hendak membezakan kedua-dua model itu jika nama dan logo asal disembunyikan. Perbezaan hanya melibatkan perincian kecil. Dari segi keseluruhan rekabentuk, bahagian depan, visor, absorber, lebar bar hendal, dan paparan skrin adalah sama seperti Honda ADV 150 .

Dayang ADV 150 menampilkan rekabentuk lasak yang menggabungkan gaya badan touring untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, dan keupayaan off-road bagi meredah permukaan rupa bumi tidak rata.