Panduan lengkap: Cara beli motor guna SPayLater di YESRIDE Kajang
PANDUAN PELANGGAN & RAKAN AFFILIATE YESRIDE
Semak kelayakan dahulu. Lengkapkan pembelian bersama YESRIDE.
Ikuti aliran permohonan SPayLater Motorcycle dalam aplikasi Shopee. Rujuk diagram, tonton video dan sediakan dokumen yang diminta sebelum urusan pembelian.
Tonton video panduan
Tonton video sebelum membimbing pelanggan atau meneruskan permohonan.
Cara memohon SPayLater Motorcycle
- Langkah 1: Aktifkan ShopeePay. Shopee > Me > ShopeePay > Activate.
- Langkah 2: Buka ShopeePay > Financial Services > SPayLater Motorcycle.
- Langkah 3: Tekan “Scan Dealer QR to Check Eligibility” dan imbas QR YESRIDE. WhatsApp kami untuk dapatkan QR.
- Langkah 4: Masukkan kod pengesahan WhatsApp, tekan “Agree All and Continue”, kemudian lengkapkan pengesahan wajah.
- Langkah 5: Isi maklumat tambahan: pendapatan bulanan, alamat ikut kad pengenalan (penuh dan tepat), maklumat pekerjaan dan kenalan kecemasan.
- Langkah 6: Muat naik dokumen pendapatan (PDF). Ada penyata KWSP? Pilih “Yes” dan muat naik KWSP. Tiada? Pilih “No” dan muat naik penyata bank 1 bulan + slip gaji 1 bulan. Tekan Submit.
- Langkah 7: Tunggu semakan lebih kurang 10–20 minit (“Your activation is under review”).
Jika ditolak: “Please try again” bermaksud dokumen atau maklumat tidak tepat, jadi semak dan mohon semula. “Please come back on (tarikh)” bermaksud belum layak buat masa ini. Hubungi kami untuk pilihan lain seperti AEON Credit.
Kelulusan, ansuran dan pengambilan motosikal tertakluk kepada keputusan penyedia pembiayaan serta kesiapsiagaan dealer.
Senarai dokumen
Pekerja bergaji (muat naik dalam format PDF):
- Ada penyata KWSP? Pilih “Yes” dan muat naik penyata KWSP terkini.
- Tiada KWSP? Pilih “No” dan muat naik penyata bank 1 bulan terkini + slip gaji 1 bulan terkini.
- Tanpa EPF — contoh pemilik perniagaan: pendaftaran SSM dan penyata bank 3 bulan yang menunjukkan pendapatan.
Senarai sebenar ikut paparan dalam aplikasi Shopee.
Paparan video menyatakan muat naik PDF, maksimum 10 MB. Dokumen sebenar bergantung pada profil pemohon dan arahan dalam aplikasi.
Butiran yang dipaparkan dalam panduan
Video dan diagram menunjukkan pembiayaan sehingga RM20,000, pilihan tempoh 12, 24, 36, 48 atau 60 bulan dan kadar bermula 0.92% sebulan. Semak tawaran sebenar dalam aplikasi sebelum membuat keputusan.
Contoh ilustrasi: harga motosikal RM12,999 − bayaran pendahuluan RM2,000 = pembiayaan RM10,999. Ansuran ilustrasi yang dipaparkan: RM284.50 × 60 bulan. Ini bukan sebut harga atau jaminan kelulusan.
Pelanggan YESRIDE
Apa Kata Pembeli Shopee Kami
servis mmg terbaik. seller respon chat mmg pantas dan jawab semua persoalan.. submit order harini, esok da sampai dari sg chua kajang ke senawang. beli pakai spaylater utk 3 bulan. kalau beli kat kedai area senawang, hutang setahun paling kurang.. kita nak hutang bawah 6 bulan, so pakai spaylater je.. servis mmg 🔛 🔝 .. ada rezeki beli lagi, saya akan repeat. kedai boleh dipercayai.
Terbaik bossku..servis mantap dr seller.. message cepat response. order 16hb ptg, 17hb tgh hr dh sampai. Settle urusan di jpj (buat sndri) 18hb. Motor baru wlpn interchange. Hrga byk murah dr kedai luar. sapa2 nk beli motor dr shopee,boleh beli dgn seller ni. Highly recommended..Tq seller.
Terima Kasih 🙏🙏🙏 Mr Chong TERBAIK !!! sangat membantu, mesra dan menepati janji 👍👍👍
Saya sangat sarankan untuk membeli motosikal dengan Mr Chong dari YesRide 😆😆😆 Walaupun pembelian melalui Shopee, mesra melayan segala pertanyaan, sangat mudah dan sentiasa pantas memberi maklum balas, boleh dipercayai, tepat pada masanya barang sampai 👌👌👌
FREE delivery, FREE gifts and good service. Thank You so much to Mr Chong, Ida and team 😍😍😍
Highly recommended ✅✅✅
5 reasons to buy from Yesride
1. Fast response when you chat
2. Fast processing after you purchase
3. Motrocycle handle by care during delivery
4. Seller can “kawtim” if got issue
5. Transportation Tip Top!1 reason not to buy from Yesride
1. NONE.
alhamdulillah dah selamat sampai.. order hari isnin.. selasa dah boleh dpt tp suh seller hantar hari rabu… terbaik sebab boleh hantar ikut tarikh dan waktu yg kita nak… layanan wasap pun mantap… tq boss..
Very recommended trusted seller to deal with! Boss sgt friendly boss ckp brg lewat tiap kali kite tanye die jwb dgn baik tq boss for gifted
Then seller bg Tau colour apa yg ready stock. Purchase, screenshot order shoppe & hntr ke wssp seller. Upgrade 1st party insurance.Order pukul 9.30am motor sampai rumah pkul 12pm hari yg sama.. cepat gila..TQ mr.chong layan request ltk ribbon sbb ni hadiah utk my sister. Dpt free baju hujan,helmet & lock. My sister happy gila joget2 sepanjang hari 😊
Quality: Excellent
Service: Excellent & trusted! PM seller to check stock & clarify beberapa soalan sblm beli
Seller memang bertanggungjawab jawab semua soalan. Penghantaran sehari awal dari tarikh sebenar dalam shoppe. Macam tak percaya malam ni dah dapat motor idaman. Akan di rekemen kepada member yang ingin beli motor dalam shoppe. Tq seller mr chong.
Service: services sangat bagus. Dari awal beli sampai hantar motor depan rumah.
Condition: motor berada dalam keadaan sangat baik.
Exceptional Service – No Hassle, Quick & Efficient! Highly recommend them if you’re looking for fast, efficient, and friendly service! Will definitely be back in the future.
Mantap servis dgn seller ni…very very recomendation…laju..order ahad mlm isnin tghari dia nk pos dah…tapi kita mintak hantar hari selasa tghari…motor dalam keadaan baik cantik berfungsi.
Seller sangat membantu dan senang berurusan.order rabu malam jumaat petang dh siap anta motor nye,xsangka cepat sangat proses nye.
Terbaikk seller. Pantas buat kerjaa.
Seller nice, excellent service, fast delivery,next time will buy again
Untuk rakan affiliate
Gunakan panduan ini untuk menerangkan proses kepada pelanggan. Jangan menjanjikan kelulusan atau ansuran tetap. Pelanggan perlu melengkapkan pengesahan identiti sendiri dalam aplikasi dan rujuk YESRIDE untuk urusan dealer.
WhatsApp Khairul — SPayLater Motorcycle (012-608 2090)Panduan ini berdasarkan video dan diagram yang dibekalkan. Terma, had, kadar, tempoh dan keperluan dokumen boleh berubah; paparan semasa dalam aplikasi dan keputusan penyedia pembiayaan adalah rujukan akhir.
